CARA SHAMPOO RAMBUT YANG BETUL Anda sebenarnya mungkin tidak tahu cara mencuci rambut dengan betul. Dengan menggunakan teknik yang betul, anda boleh membawa perubahan yang besar kepada kesihatan dan kekilatan rambut anda. Tetapi, jika anda melakukan kesalahan, anda boleh merosakkan rambut kesayangan anda tanpa anda menyedarinya. Di sini ingin admin kongsikan tips tentang cara yang betul Mulakan dengan membilas Rambut anda seharusnya betul-betul basah sebelum anda menggunakan shampoo. Air yang hangat bagus untuk menanggalkan kotoran atau lebihan produk rambut yang terperangkap dalam rambut Jika anda mempunyai rambut yang panjang, sapu conditioner terlebih dahulu Jika anda mempunyai rambut di bawah paras bahu, lindungi hujung rambut anda yang fragile dengan menyapu conditioner dan bilas secara lembut sebelum menggunakan apa-apa shampoo. Ini bukan sahaja menjadikan hujung rambut anda sihat, malah akan melembabkan rambut, menjadikan ia licin dan berkilat Buihk